Susu soya dan protein soya yang di diekstrak daripada kacang soya didapati dapat membantu mengurangkan kadar lemak dalam hati.
Ini dibuktikan oleh sekumpulan saintis dari Universiti Illinois Amerika Syarikat yang menjalankan eksperimen ke atas tikus dengan memberi tikus tersebut diet protein soya.
Saintis tersebut mendapati tikus yang diberi diet protein soya itu mengalami penyusutan lemak hati sebanyak 20 peratus.
Ketua penyelidik Dr. Hong Chen berkata, kajian itu memberi petunjuk bahawa susu soya membantu mengatasi masalah hati berlemak yang sering dikaitkan dengan obesiti.
“Masalah kegemukan merupakan punca utama menyumbang hati berlemak yang menyebabkan organ itu gagal berfungsi”.
“Apabila lemak berkumpul pada hati, organ itu berdepan risiko gangguan fungsi tetapi dengan pengambilan protein soya, masalah itu akan dapat membantu mengurangkan lemak dalam hati”, kata Chen.
No comments:
Post a Comment